Monday, 3 September 2012

cinta membawa ke syurga

Seorang Arab Badwi bertemu Rasulullah S.A.W dan bertanya,"Bilakah akan berlaku kiamat ya Rasulullah ?" Rasulullah S.A.W tidak menjawab,sebaliknya menyoalnya semula,"Apakah yang telah engkau sediakan untuk menghadapinya?"
Orabg Badwi itu menjawab,"Aku tidak menyediakannya dengan banyak mendirikan solat dan berpuasa tetapi aku menyediakannya dengan hati yang amat mencintaimu."
Mendengar jawapan orang Badwi itu,Rasulullah S.A.W terus bersabda yang bermaksud :"Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak."(Muttafaq`alaih)
Alangkah bertuahnya jika cinta kita itu benar,betul dan tepat - kita akan sentiasa bersama kebenaran dan akan bersama dengan cinta itu di syurga nanti.Sebaliknya,alangkah malangnya jika kita salah meletakkan cinta,kita akan bersamanya di neraka.!!
Itulah peri agung dan pentingnya cinta.Insya-Allah,orang Badwi yang mencintai Rasulullah S.A.W itu akan bersama Rasulullah S.A.W di syurga.Ya,kita akan sentiasa bersama dengan orang yang kita cintai semasa di dunia dan di akhirat nanti.Itu kepastian yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W sendiri.Sesungguhnya, mencintai Rasulullah ertinya mencintai ALLAH.
Firman-Nya yang bermaksud :"Sesiapa yang mencintai Allah,maka ikutlah aku."(Surah Al-Imran) 

No comments:

Post a Comment