Tuesday 18 September 2012

pokok kayu gaharu

gaharu oh gaharu................




1) kayu gaharu
2) kayu gaharu yang telah diproses

semakin hari semakin banyak maklumat berkaitan dengan gaharu serta potensi keuntungan dari produk gaharu, melalui blog ini juga anda boleh mendapatkan maklumat gaharu hasil dari pengalaman serta penglibatan admin blog dalam industri gaharu sejak tahun 2010. walaupun masih baru berbanding dengan mereka yang telah melibatkan diri sejak puluhan yang lalu setidak-tidaknya ianya memberi kan banyak maklumat yang berharga untuk dikongsikan kepada mereka yang baru menceburkan diri atau ingin berjinak-jinak dalam industri gaharu ini.

oleh itu sebagai usaha kearah itu , anda bolehlah menanam pokok gaharu secara kecil- kecilan di halaman rumah. ianya tidak rugi sekiranya anda mengetahui rahsia serta keuntungan gaharu dimasa akan datang.

bila sebut gaharu, pemikiran kita lebih terarah kepada batang pokok atau minyak yang dihasilkan. sebenarnya banyak lagi produk yang boleh terhasil daripada industri gaharu. antaranya

TEH GAHARU.

teh gaharu mempunyai keistimewaan lebih berbanding teh biasa kerana baunya yang wangi dan menyegarkan selain rasanya yang lazat. teh gaharu juga dikatakan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti gout, kencing manis dan darah tinggi. gaharu juga dapat membantu peredaran darah dan menguatkan hati serta sistem saraf dalam badan.

MINYAK GAHARU

Minyak gaharu pula digunakan sebagai bahan mentah untuk kosmetik kecantikan dan minyak wangi yang bernilai tinggi. sekiranya anda biasa pergi ke arab saudi untuk urusan haji atau umrah, anda pasti akan melihat brochure berkitan dengan gaharu ( OUD oil) di atas kapal terbang saudi arabia.

walau bagaimanapun ramai yang bersetuju dengan saya bahawa kebanyakkan mereka yang terlibat dengan gaharu terutama dalam bidang perladangan gaharu secara komersil  keuntungan yang paling lumayan adalah dari resin gaharu atau cip gaharu yang terdapat dalam batang gaharu .  resin gaharu gred A ialah RM 25 ribu untuk satu kilogram dan kebiasanya sebatang pokok dapat menghasilkan antara 5 kg ke 10 kg resin gaharu .

secara puratanya sebatang pokok gaharu yang berumur antara 7 hingga 10 tahun bernilai dari RM 5 ribu hingga RM 20 ribu sebatang pokok gaharu.

No comments:

Post a Comment