Monday 3 September 2012

fadhilat solat tarawikh

FADHILAT MENUNAIKAN  SOLAT  TARAWIKH
DI BULAN RAMADHAN

MALAM  1 – Keluar dosanya seperti ia baru dilahirkan dan mendapat keampunan Allah
MALAM  2 – Diampunkan dosanya dan dosa ibu bapanya
MALAM  3 – Berseru malaikat di bawah Arasy supaya meneruskan solat Terawih,semoga Allah mengampunkan dosamu.
MALAM  4 – Mendapat pahala seperti membaca Kitab Taurat,Zabur,Injil,dan Al-Quran.
MALAM  5 – Mendapat pahala seperti solat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.
MALAM  6 – Mendapat pahala Malaikat yang mengerjakan tawaf di Baitul Makmur serta batu dan tanah mendoakan supaya ALLAH mengampunkan dosa orang yang solat Terawih pada malam itu.
MALAM  7 – Mendapat pahala seolah-olah bertemu Nabi Musa dan menolong baginda menentang Firaun dan Haman.
MALAM  8 – Mendapat pahala seperti yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim 
MALAM  9 – Allah mengurniakan pahala serta dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti  Nabi Muhammad
MALAM  10 – Mendapat kebaikan di dunia dan akhirat
MALAM  11 – Mati dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan
MALAM  12 – Datang pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya kerana cahaya ibadatnya.
MALAM  13 – Datang pada hari Qiamat dalam keadaan aman daripada kejahatan dan keburukan
MALAM  14 – Malaikat datang menyaksikan solat Terawih serta tidak disesatkan pada hari Qiamat
MALAM  15 – Semua Malaikat berselawat dan mendoakannya supaya masuk syurga
MALAM  16 – Dicatatkan baginya terlepas dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
MALAM  17 – Dikurniakan pahala sebanyak pahala Nabi
MALAM  18 – Berseru Malaikat kepadanya ; Wahai hamba Allah,sesungguhnya Allah telah redha kepadamu dan ibu bapamu.
MALAM  19 – Allah meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus
MALAM  20 – Dikurniakan pahala para Syuhada dan Solihin
MALAM  21 – Allah  binakan sebuah istana daripada nur
MALAM  22 – Datang pada hari Qiamat dalam keadaan aman daripada dukacita dan kerisauan
MALAM  23 – Allah membina kepadanya sebuah Bandar daripada nur
MALAM  24 – Mustajab doanya terutama dalam sujud.
MALAM  25 – Terlepas daripada siksaan kubur
MALAM  26 – Mendapat pahala seperti 40 tahun beribadah
MALAM  27 – Melintasi Titian Siratul Mustaqim sepantas kilat
MALAM  28 – Dikurniakan 1000 darjat di akhirat
MALAM  29 – Dikurniakan pahala 1000 kali haji mabrur
MALAM  30 – ALLAH memberikan penghormatan istimewa denga firmannya ; Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau mahu dalam syurga dan mandilah daripada air syurga yang bernama ‘Salsabila’ serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad yang bernama ‘Kauthar’

No comments:

Post a Comment